|
"Mahukah
Anda Mengetahui Teknik, Strategi Dan Formula Yang Terbukti
Berkesan Untuk Membina
Kredibiliti, Memiliki Rakan Niaga Yang Berkomitmen Tinggi, Dan
Melakukan Promosi Perniagaan TANPA PERLU
Berbelanja Besar?"
Strategi
pemasaran melalui Internet yang TERBUKTI berkesan.
Daripada:
Mohd Zulfadli dan Wan Khairul Zarizi
Usahawan atau bakal usahawan
yang saya kagumi,
Saban hari usia perniagaan
anda semakin meningkat. NAMUN, hasil pendapatan yang diperolehi
tidaklah sehebat yang dimahukan. Malah, anda juga sering kepelikan
mengapa orang lain 'dipuja', disanjung, dihormati
dan berjaya dengan cemerlang di dalam jualan
produk yang mereka lakukan?
Sebaliknya anda terus
ketinggalan dan hasil jualan produk anda tidaklah sekencang
yang diharapkan. Biar saya nyatakan apakah kesilapan anda jika ia
terjadi kepada anda. Sebenarnya anda hanya mahu mempromosi sehingga
terlupa satu perkara yang amat penting iaitu MEMBINA
KREDIBILITI.
"Apa
itu kredibiliti? Kredibiliti secara mudah bermaksud kepercayaan
dan rasa hormat sekumpulan manusia terhadap
sesebuah pihak atau seseorang".
Di dalam dunia perniagaan,
produk dan harga bukanlah soal pertama. Tetapi
faktor yang membuatkan sesebuah produk itu terjual adalah jenama
dan kredibiliti. Tengoklah restoran makanan
segera yang terkenal, walaupun ia tidaklah sesedap mana malah tinggi
harganya, tetapi ia tetap laku dan terus laku.
Mengapa ini
terjadi? Kerana para pelanggan mereka percayakan mereka tanpa
sedikit pun ragu. Perniagaan makanan segera itu lebih mengutamakan
jaminan dan manfaat kepada pelanggan TANPA memaksa-maksa pelanggan
membeli. Inilah keuntungan apabila sesebuah perniagaan itu lebih
menitik-beratkan soal jenama dan kredibiliti.
Bagaimana cara membina
kredibiliti dan seterusnya mempromosikan jualan produk?
Salah satu caranya adalah
dengan menggunakan forum di Internet. Forum adalah satu tempat
perbincangan sesuatu perkara. Forum juga boleh dipanggil sebagai
komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk satu
komuniti atau kumpulan.
Penggunaan forum pada asasnya
adalah tempat untuk berbincang mengenai topik tertentu, berkenalan satu
sama lain dan bertukar-tukar maklumat. Namun, bagi anda para usahawan,
jika forum digunakan dengan betul dan berkesan, ia amat menguntungkan
anda!
Terdapat banyak forum di
Internet termasuk di Malaysia yang boleh anda sertai dan mendominasinya
dengan kepakaran anda atau menggunakan forum untuk menjual produk atau
perkhidmatan anda.
Bayangkan, jika anda
menyertai 10 buah forum dan setiap forum katakan mempunyai paling
kurang 500 orang ahli yang aktif, bermakna anda mempunyai
seramai 5000
orang prospek tanpa perlu bersusah payah mencarinya
sendiri! Malah yang lebih menyeronokkan, kosnya amat
rendah malah kebanyakannya (terutama forum yang
percuma) tidak mengenakan anda sebarang bayaran pun!
NAMUN, semua kelebihan dan
kehebatan ini hanya sia-sia sahaja jika anda tidak melakukan
dengan betul. Bagaimanakah
caranya?
Bagaimanakah cara untuk
melakukan ini semua?
Kredibiliti, Promosi dan JV?

Panduan Kuasa Forum!

Panduan ini adalah dalam
bentuk ebook. Imej hanya ilustrasi.
Setelah meluangkan sedikit masa, akhirnya saya
berjaya menghasilkan untuk anda sebuah panduan yang akan membimbing
anda langkah demi langkah bagaimana menggunakan forum untuk
keuntungan dan kejayaan perniagaan anda.
Panduan ini dihasilkan dengan penuh padat,
'ringkas', mudah difahami dan penuh dengan teknik, strategi dan kaedah
yang berkesan.
Dengan Panduan Kuasa Forum
ini, anda sebagai seorang usahawan, akan didedahkan dengan teknik,
strategi dan formula
bagaimana untuk membina kredibiliti, melakukan promosi dan mendapatkan
rakan JV yang berpotensi.
Ya, panduan ini adalah untuk semua
usahawan tidak kisah bidang apa pun! Forum adalah tempat
terbaik untuk pemasaran perniagaan anda tanpa risiko dan modal yang
besar.
|
TESTIMONI 1#
Mudah, Padat dan Berkesan!
Apa
yang boleh dikatakan ianya Mudah, Padat Dan Berkesan. Satu petunjuk dan
panduan forum yang bermanfaat. Dalam erti kata bagaimana menggunakan
forum sebagai medium pemasaran secara maksima.
Berpandukan langkah
terperinci yang ditunjukkan adalah mustahil anda tidak berjaya mendapat
sebarang jualan melalui forum yang disertai. Dengan 5 Bab yang hampir
100 mukasurat pasti akan merungkai segala permasalahan dalam berforum.
Bermula dari tahap asas hingga ke tahap advance.
Malah teknik yang digunakan amat penting jika anda merupakan seorang
usahawan.
Ada antara teknik yang
saya juga telah aplikasikannya dalam berforum sejak 3 tahun yang lalu
dan hasilnya cemerlang!
Pendek kata, jika anda
mahu berkuasa dalam sesebuah forum, ebook inilah jawapannya!
Razif Yusof
www.visijutawan.com
|
Melalui panduan ini, anda akan mempelajari:
 |
Bab
1: Asas Pemasaran Forum
Di
dalam Bab Asas ini mengandungi pelajaran berikut:
- Istilah-istilah
biasa yang digunakan di forum
- Cara mendaftar forum (langkah
demi langkah)
- Cara membuka topik
perbincangan
- Cara
membalas perbincangan sedia ada
- Penggunaan Private Messages
- Pengenalan Asas Pemasaran
Forum
Tanpa
asas di atas, anda sukar untuk menguasai pemasaran forum!
|
 |
Bab
2: Strategi Membina Kredibiliti
Anda
akan didedahkan secara langkah demi langkah dengan
beberapa strategi dan kaedah untuk membina kredibiliti di forum. Teknik
yang ditunjukkan adalah 100% beretika dan akan
memberikan keuntungan jangka panjang kepada anda
dan juga perniagaan anda!
Antara
pengisian Bab ini:
- Langkah
pertama yang diabaikan oleh ramai ahli forum!
Tidak melakukan langkah ini pasti akan mengundang masalah dan
'memburukkan' diri sendiri.
- Bagaimana
mendapatkan perhatian ahli-ahli forum yang lain terhadap anda
dengan penuh minat. Membina "kuasa
tarikan" pada personaliti anda sehingga orang
lain tertunggu-tungukan anda.
- Bagaimana membina keunikan
tersendiri dan "stand out from the crowd".
- Rahsia-rahsia pelaris
untuk menambahkan kekuatan kredibiliti anda.
- Strategi mudah meningkatkan
reputasi di forum. Meningkatkan reputasi akan
memantapkan lagi kredibiliti anda! Kaedah ini memerlukan
sedikit usaha dan masa. Tapi ia akan menghasilkan kesan yang
besar!
- Cara mudah
membina kumpulan
penyokong. Mereka inilah yang akan sentiasa
menyokong anda jika ada pihak yang cuba menjatuhkan anda atau cuba
melakukan fitnah atau apa saja keadaan yang lain. Malah di satu masa,
anda amat memerlukan kumpulan penyokong ini untuk terus memotivasikan
usaha perniagaan anda!
Kredibiliti
sebenarnya mudah untuk dibina jika betul caranya..
|
 |
Bab
3: Promosi Berkesan Di Forum
Antara
kaedah promosi di Forum yang akan anda pelajari adalah:
- Signature
- Bagaimana membina signature yang berkesan umpama sebuah magnet
yang menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang.
- Ruang Pengiklanan
- Bagaimana menggunakan ruang iklan dengan semaksima mungkin untuk
menjual produk atau servis.
- Ruang
Iklan Banner - Anda akan diberikan dengan sebuah ebook
panduan pengiklanan banner untuk memastikan banner yang dihasilkan
adalah berkesan. Dan anda diberi cara melakukan pengiklanan banner di
forum.
- Rahsia Jualan Yang "Memukau"
- Ketahui salah satu cara untuk memastikan promosi anda mendapat
sambutan yang menggalakkan.
- Dua perkara
mudah tetapi penting yang sering diabaikan oleh
ramai orang yang menjadikan forum sebagai tempat pemasaran.
- Strategi Persaingan
- Bagaimana bersaing dengan usahawan lain di forum yang sama yang
menjual produk yang lebih kurang sama dengan anda. Strategi yang akan
didedahkan akan membuat anda lebih yakin dan seronok untuk terus
melakukan pemasaran di forum!
Nampak
mudah beberapa kaedah di atas, tetapi setiap satu cara ada cara
perlaksanaannya sendiri. Salah buat, hasil tidak begitu memuaskan. Jadi
dapatkan Ebook
Kuasa Forum untuk mengetahui cara yang berkesan.
|
 |
Bab
4: Mendapatkan Rakan JV Berpotensi
Dalam
sesetengah keadaan atau produk, anda memerlukan usahawan lain untuk
merancakkan lagi jualan produk anda. Ketahui beberapa "rahsia"
bekerjasama (JV) yang amat jarang didedahkan secara umum.
Kaedah
JV yang dinyatakan di dalam Panduan Kuasa Forum ini 100% menggunakan
forum! Contoh juga akan diberikan.
Dengan
Rakan JV, anda boleh:
- Menghasilkan
produk tanpa melakukan sebarang kerja. Anda akan diberikan contohnya!
- Mendapatkan
khidmat secara percuma atau harga diskaun
- Melakukan
promosi bersilang (cross promotion)!
Soalnya,
bagaimana cara yang berkesan untuk mendapatkan rakan JV? Apabila anda
mengetahui rahsia "mempengaruhi" rakan JV, diri dan perniagaan anda
semakin keterhadapan! Panduan Kuasa Forum akan mendedahkan cara
mendapatkan rakan JV secara langkah demi langkah.
|
 |
Bab
5: Strategi Tambahan!
Bab
ini adalah bab bonus.
Anda hanya akan tahu setelah mendapatkan
Ebook Kuasa Forum.
Rahsia
1# Bagaimana dengan hanya satu trik,
anda boleh mendapatkan trafik ke laman web anda atau menjana
"virus trafik" tanpa kos.
Rahsia
2# Juga trik mendapatkan trafik ke laman web atau blog anda.
Teknik ini yang lebih berkesan berbanding kaedah signature.
Rahsia
3# Bagaimana melakukan pemasaran forum secara konsisten,
terancang dan menjimatkan masa.
Rahsia
4# Teknik promosi TANPA KOS untuk
menjana trafik yang BESAR.
Rahsia
5# "Kaedah Post Psikologi". Guna trik
ini, thread perbincangan yang anda buka sentiasa
aktif tanpa perlu anda "bum" sendiri.
Rahsia
6# "Kaedah Post Kitaran". Bagaimana anda
boleh "bum" thread pengiklananan anda dengan penuh pengisian dan
sentiasa "up to date".
Rahsia
7# Rahsia Penulisan
Magnetik. Bagaimana membuatkan penulisan anda di
forum sentiasa dinanti-nanti oleh ahli forum dan
disegani 'lawan'. Para pembaca pula akan terpukau dengan penulisan anda.
Rahsia
8# Strategi mudah menjual produk lain atau yang sama kepada
pelanggan sedia ada. Amat mudah dan peratusan pembelian adalah tinggi!
Rahsia
9# Kuasa Testimnoni. Bagaimana cara mudah
mendapatkan testimoni untuk meningkatkan kadar jualan produk atau
perkhidmatan.
Rahsia
10# Teknik Mudah SEO. Melakukan SEO untuk
dengan menggunakan forum bagi mendapatkan trafik daripada enjin carian.
Contoh dan bukti bergambar disertakan!
Rahsia
11# Etika, Prinsip dan Profesional.
Bagaimana menjadi seorang usahawan yang penuh beretika dan profesional
di forum. Melakukan hal ini akan menjadikan anda dihormati kawan dan
disegani lawan.
|
 |
Bonus Besar
Bernilai RM67.00 Setiap Satu!
Anda
akan mendapat kemaskini ebook Kuasa Forum dan case study
kejayaan-kejayaan para usahawan yang menggunakan forum sebagai medium
pemasaran. Dan ia adalah percuma!
Setiap case study adalah bernilai RM67.00, malah
lebih tinggi daripada itu!
Dan
sebagai permulaan, dua case study berikut akan anda
perolehi terus bersama ebook Kuasa Forum melalui pembelian di laman web
ini:
Case
Study 1# Jualan Ebook Panduan Facebook Ads oleh Richie
Ketahui
bagaimana saudara Richie mempromosikan ebook beliau di forum
WangCyber.com sehingga thread pengiklanan beliau
mencecah sehingga puluhan ribuan views! Promosi
ebooknya mendapat sambutan yang begitu hangat.
Bagaimana caranya? Ketahui strategi beliau melalui case study ini.

Case
Study 2# Jualan Ebook Teknik Research Ebay oleh Khairilz
Hanya ebook
yang simple, promosi hanya di forum WangCyber dan tanpa menggunakan
laman web. Itulah yang dilakukan oleh saudara Khairilz, berusia 17
tahun! Hasilnya mencecah ratusan ringgit dalam 24 jam sahaja!
Sebahagian bukti pendapatan:

Case study
beliau ini mendedahkan kaedah dan teknik yang beliau gunakan sendiri. Rugi
besar jika anda
tidak membaca case study ini. Padat dan penuh dengan strategi yang terbukti
berkesan!

Dengan
case study atau contoh kejayaan yang sebenar di atas, ilmu dan
kefahaman anda mengenai pemasaran forum akan semakin mantap!
Usah bertangguh lagi, dapatkan
Panduan Kuasa Forum ini termasuk dua case study di atas.
|
 |
Bonus
Tambahan Bernilai RM Tak Terhingga!
1. Update
PERCUMA Ebook Kuasa Forum
Setiap
kali ebook ini dikemaskini, anda akan mendapatnya secara percuma terus
melalui emel!
2.
Tambahan Case Study
Case
study kejayaan pemasaran forum juga akan ditambah secara berperingkat.
Wah, ini satu perkara yang amat bernilai besar!
3. Video-video
Panduan Pemasaran Forum
Anda
akan diberikan video panduan mengenai pemasaran forum atau mengenai
teknikal (penggunaan) forum dari semasa ke semasa. Contoh:

|
Ya, lima
bab kandungan ebook beserta
bonus-bonus bernilai tinggi hanya untuk anda!
Panduan sebegini tiada di mana-mana laman web lain
melainkan di sini sahaja. Malah bonus-bonus tambahan di atas pun hanya
untuk pembeli ebook ini sahaja!
Ingat, panduan ini bukan menumpu kepada sesebuah
bidang keusahawanan sahaja, tetapi ia boleh diaplikasikan
untuk apa sahaja bidang perniagaan!
|
TESTIMONI 2#
Jelas dan Terperinci!
Panduan yang amat sesuai
untuk para usahawan internet terutamanya newbie yang baru
berjinak-jinak dalam forum. Penerangan yang amat jelas dan
sangat terperinci, ditambah dengan gambar-gambar yang sudah
tentunya memudahkan untuk anda faham dengan maklumat yang hendak
disampaikan.
Memang
amat berbaloi sekiranya anda membeli ebook ini kerana isinya memang
padat, bermula dari perkara yang asas iaitu cara mendaftar di forum,
bagaimana nak bina kredibiliti, promosi hinggalah mencari rakan JV.
Ebook ini juga menyentuh tentang etika berforum yang selalu dipandang
remeh oleh sesetengah pihak.
Yang paling menarik
sekali bagi saya adalah terdapatnya
strategi-strategi yang memang saya tak tahu
langsung dan juga dua kes study yang boleh anda jadikan sebagai rujukan
untuk menguasai pemasaran melalui forum.
Selepas
anda membaca ebook ini, sudah pasti anda akan mampu menggunakan forum
sebagai medium pemasaran dan seterusnya menjana wang darinya.
Percayalah!
Shukor Subahir
http://shukorsubahir.com/blog
|
|
TESTIMONI 3#
Patutlah!
Terlebih dahulu aku
ucapkan terima kasih kepada Zul kerana membuat produk ini. Dah lama aku
nantikan produk ini. Lepas aku baca baru aku perasan kenapa
beberapa thread yang aku buat tidak mendapat sambutan dan
beberapa kesalahan besar dan kecil yang aku telah buat sepanjang
berforum.
Walaupun
dalam isi ebook Kuasa Forum hanya 40% saja yang aku tak tahu tapi benda
yang aku tak tahu itu adalah teknik yang mantap terutamanya teknik JV
dan kredibiliti.
Penyampaian yang
mudah difahami
dan segala teknik disertakan sekali dengan contoh sama ada bergambar
atau pun hanya menggunakan ayat. Lagipun kalau tak faham juga boleh
tanya Zul terus. Support dia memang mantap. Lagipun bukan susah nak
faham sebab hampir kesemua teknik tidak melibatkan bab-bab teknikal.

Kasimo
www.pakejlumayan.com
|
|
TESTIMONI 4#
Panduan Forum
yang amat lengkap!
Itulah yang dapat saya
katakan apabila membaca ebook Kuasa Forum ini.
Jika anda sedia tahu, berforum adalah salah satu teknik marketing yang
digunakan di dalam perniagaan internet jadi dengan adanya ebook ini,
saya dapat memaksimumkan teknik forum marketing saya dan dalam masa
yang sama memaksimumkan pendapatan daripada forum.
Saya
telah menjual dua ebook di forum wangcyber dan kedua-duanya ebook
tersebut telah memberi saya pendapatan lebih RM1k dalam masa beberapa
hari sahaja. Tanpa landing page, tanpa SEO, tanpa autoresponder dan
tanpa perlu bersusah payah JV, saya mampu menjual ebook saya dan
sambutan amat mengalakkan.
Terbukti bahawa
forum adalah satu medium yang mampu membantu anda memasarkan produk
anda dengan berkesan. Ingin tahu rahsia saya menjana lebih
Rm1k hanya dari forum, baca case study saya di dalam ebook ini!
Terus
terang saya katakan walaupun saya sudah menyertai forum wangcyber sejak
May 2007 namun teknik berforum saya masih banyak lagi perlu dibaiki dan
dengan adanya ebook ini, saya mampu membina kredibiliti saya ke tahap
yang lebih tinggi dalam masa yang singkat sahaja!
Ikhlas dari,

Khairilz
RahsiaAutoblog.com
|
Siapakah saya
untuk berkongsi panduan ini dengan anda? Layakkah saya
memberikan anda nasihat mengenai pemasaran melalui forum ini?
Sebagai pembeli, anda berhak
mengetahui siapa yang menulis ebook panduan ini dan tahap penguasaannya
terhadap perkara yang akan dikongsikan dengan anda. Serba sedikit
mengenai saya (penulis ebook Kuasa Forum ini).
Saya mempunyai pengalaman
selama hampir empat tahun berforum di beberapa buah
forum tempatan terutama di WangCyber.com dengan nama panggilan smartusaha:
 
Tarikh penyertaan Forum: Disember 2005
Jumlah Post: Lebih daripada 3000. Top Poster di Wangcyber.com!
Dan berikut adalah beberapa
"testimoni" daripada ahli-ahli forum tersebut terhadap saya:

Feedback 100% Positif!

Testimoni Yang Positif Daripada Ahli-Ahli
Forum!
Di forum, saya bukan sahaja
berkongsi pengetahuan dan kepakaran yang saya ada, tetapi saya juga
berjaya mempromosikan diri saya, perniagaan dan juga produk-produk
saya. Kos promosi di forum amat rendah, malah boleh jadi tanpa kos
langsung!
Berikut adalah salah satu
iklan yang dilakukan di forum WangCyber.com:

Untuk iklan ini, ia dibuka
kepada tujuh orang sahaja untuk satu tawaran servis dan dalam
masa 24 jam, tawaran ini telah dipenuhi. Hasilnya adalah
dalam RM400.00! Tanpa produk dan tanpa kos
pengiklanan yang besar, hasil yang diperolehi adalah RM400 dalam masa
24 jam sahaja. Hanya di satu forum!
Anda semakin teruja
dengan kuasa pemasaran forum dan ingin melakukan perkara yang sama
seperti yang saya lakukan? Usah gusar, anda juga boleh!

Dapatkan Panduan
Kuasa Forum Ini Sekarang!
Mengapa
Pemasaran Forum?
Jika sebelum ini anda memandang forum dengan
sebelah mata (atau
memperlekehkannya), selepas ini anda tidak akan sabar-sabar lagi untuk
menyertai forum!
Antara kelebihan pemasaran melalui forum
adalah:
 |
Pull Marketing:
Anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada.
Di forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh jangka
panjang. Mereka masuk dengan keinginan mereka sendiri tanpa dipaksa.
Berbeza dengan anda terus menyuruh mereka masuk ke laman web atau blog
anda.
Bermaksud,
tugas anda hanya mempromosikan produk anda dengan betul di forum dan
meyakinkan mereka sahaja selain anda menyumbang sesuatu yang bernilai
di forum. Soal trafik (prospek) bukan lagi masalah! Mereka tidak
teragak-agak untuk menjadi pelanggan anda jika anda melakukan
dengan betul!
|
 |
Menjual
Berkali-kali:
Boleh menjual pelbagai produk berkali-kali kepada ahli-ahli forum
dengan begitu mudah. Ini kerana forum adalah lebih kepada pembinaan
perhubungan (komuniti). Anda dikenali oleh mereka, bermakna tiada
masalah untuk anda menjual produk anda kepada mereka. Boleh panggil ini
sebagai relationship marketing! |
 |
Kedudukan Di
Senarai Enjin Carian (SERP) dan SEO: Forum
biasanya mendapat kedudukan yang baik di senarai enjin carian seperti
Google. Maka anda boleh menggunakan forum sebagai web perantara untuk
mendapatkan trafik ke laman web atau blog anda melalui kedudukan yang
baik tersebut di SERP. Dari aspek SEO, gunakan kelebihan forum untuk
membina backlink (SEO) yang kuat untuk blog atau
laman web anda.
Di
dalam Panduan yang bakal anda dapatkan melalui laman web ini, anda akan
ditunjukkan bagaimana melakukannya! Hanya beberapa asas sahaja yang
mudah dilakukan.
|
 |
Platform Jualan:
Tiada laman web untuk menjual atau mempromosi produk? Anda sebenarnya
boleh menjual servis atau produk anda HANYA di forum! Tahukah anda
begitu ramai usahawan di luar sana yang hanya menggunakan forum sahaja
di dalam menjual produk mereka? |
 |
Membina
Kredibiliti:
Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih di dalam
sesuatu bidang, forum adalah satu alat yang amat berkuasa. Forum adalah
alat yang lebih berkuasa daripada blog atau laman web. Di forum anda
boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan
kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin
dan tidak teragak-agak untuk membeli produk anda. |
 |
Cepat dan
Percuma: Untuk menyertai forum, ia adalah
percuma dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk anda
menjadi ahli. Dan untuk membina kredibiliti atau melakukan promosi, ia
juga percuma TANPA perlu sebarang kos! |
 |
Rakan JV:
Forum adalah tempat terbaik di dalam mencari rakan Joint Venture (JV)
atau untuk mendapatkan agen affiliate. Di forum juga terdapat ramai
pakar atau mempunyai kelebihan tertentu yang boleh anda jadikan sebagai
rakan kerjasama (JV) untuk sesuatu projek. |
 |
Mendapatkan
Perkhidmatan:
Di forum, anda dengan mudah boleh mendapatkan servis untuk kerja
tertentu seperti design, penterjemahan, proof reading, copywriting,
programming, pembinaan laman web dan banyak lagi.
Kebanyakan
ahli forum mempunyai kepakaran tertentu malah mereka
menyertai forum pun adalah bertujuan mendapatkan pelanggan untuk
perkhidmatan mereka. Malah jika kena caranya, anda boleh dapatkan
khidmat mereka secara percuma atau dengan harga diskaun!
|
Begitu banyak kelebihan forum untuk perniagaan
anda. Itu pun jika anda tahu cara melakukannya dengan betul. Tak perlu
cuba dan gagal kerana sebahagian besar daripada yang disenaraikan di
atas anda akan pelajari melalui Panduan Kuasa Forum!
|
TESTIMONI 5#
Tak Puas Hati!
Rasa nak marah pon ada
bila baca ebook ini!!! Memang tak adil bagi yang dah beli dan baca
ebook ini kerana anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan
wang ringgit
sedangkan saya dulu terpaksa terkial-kial nak cari mengenai pemasaran
internet, nak cari rakan JV untuk tingkatkan hasil jualan produk
&
perniagaan internet saya ini.
Oleh
itu tahniah saya ucapkan kepada penulis ebook ini kerana telah
menyediakan sebuah panduan lengkap mengenai pemasaran forum yang sudah
semestinya dapat memudahkan serta meningkatkan hasil jualan disamping
meningkatkan reputasi mereka yang menjalankan perniagaan di internet.
p.s - Lagi rasa nak marah
kenapa harga ebook nie murah sangat sedangkan isi kandungan bernilai
ratusan ringgit!
Ikhlas dari,
Hairul Hisham @ MrDisc
Ezyshop2u.com
|
Jangan Tunggu Lagi.
Dapatkan Panduan Kuasa Forum
Pada Hari Ini Juga!

Hanya
RM45.00 Sahaja

Forum adalah satu tempat yang
tak ada akhirnya untuk membina reputasi anda di dalam bidang
kepakaran anda sendiri. Isu gagal di dalam kaedah ini tidak
akan wujud sama sekali jika anda melakukannya dengan betul, dan ebook Panduan Kuasa Forum ini
dapat membantu anda.
Pemasaran forum adalah satu
strategi jangka panjang untuk perniagaan anda. Semakin cepat
anda mempraktikkannya, lagi cepat untuk anda merasai kesannya. Usah
bertangguh lagi. Dapatkan Panduan
Kuasa Forum ini pada hari ini juga!
Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli dan Wan Khairul Zarizi
www.yorizz.com
PS.
Pemasaran Forum adalah satu kaedah yang amat mudah untuk dilakukan oleh
semua orang termasuk anda. Panduan
Kuasa Forum akan membimbing anda melakukannya dengan cara
yang berkesan dan efektif!
PPS.
Jangan bertangguh lagi untuk mengetahui kaedah mudah pemasaran Internet
tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk promosi perniagaan anda.
Dapatkan Panduan Kuasa Forum ini sekarang juga. Klik
di sini!
Earnings Disclaimer
EVERY
EFFORT HAS BEEN MADE TO ACCURATELY REPRESENT THIS PRODUCT AND IT'S
POTENTIAL. EVEN THOUGH THIS INDUSTRY IS ONE OF THE FEW WHERE ONE CAN
WRITE THEIR OWN CHECK IN TERMS OF EARNINGS, THERE IS NO GUARANTEE THAT
YOU WILL EARN ANY MONEY USING THE TECHNIQUES AND IDEAS IN THESE
MATERIALS. EXAMPLES IN THESE MATERIALS ARE NOT TO BE INTERPRETED AS A
PROMISE OR GUARANTEE OF EARNINGS. EARNING POTENTIAL IS ENTIRELY
DEPENDENT ON THE PERSON USING OUR PRODUCT, IDEAS AND TECHNIQUES. WE DO
NOT PURPORT THIS AS A “GET RICH SCHEME.”
ANY CLAIMS MADE OF ACTUAL EARNINGS OR EXAMPLES OF ACTUAL RESULTS CAN BE
VERIFIED UPON REQUEST. YOUR LEVEL OF SUCCESS IN ATTAINING THE RESULTS
CLAIMED IN OUR MATERIALS DEPENDS ON THE TIME YOU DEVOTE TO THE PROGRAM,
IDEAS AND TECHNIQUES MENTIONED, YOUR FINANCES, KNOWLEDGE AND VARIOUS
SKILLS. SINCE THESE FACTORS DIFFER ACCORDING TO INDIVIDUALS, WE CANNOT
GUARANTEE YOUR SUCCESS OR INCOME LEVEL. NOR ARE WE RESPONSIBLE FOR ANY
OF YOUR ACTIONS.
MATERIALS IN OUR PRODUCT AND OUR WEBSITE MAY CONTAIN INFORMATION THAT
INCLUDES OR IS BASED UPON FORWARD-LOOKING STATEMENTS. FORWARD-LOOKING
STATEMENTS GIVE OUR EXPECTATIONS OR FORECASTS OF FUTURE EVENTS. YOU CAN
IDENTIFY THESE STATEMENTS BY THE FACT THAT THEY DO NOT RELATE STRICTLY
TO HISTORICAL OR CURRENT FACTS. THEY USE WORDS SUCH AS “ANTICIPATE,”
“ESTIMATE,” “EXPECT,” “PROJECT,” “INTEND,” “PLAN,” “BELIEVE,” AND OTHER
WORDS AND TERMS OF SIMILAR MEANING IN CONNECTION WITH A DESCRIPTION OF
POTENTIAL EARNINGS OR FINANCIAL PERFORMANCE.
ANY AND ALL FORWARD LOOKING STATEMENTS HERE OR ON ANY OF OUR SALES
MATERIAL ARE INTENDED TO EXPRESS OUR OPINION OF EARNINGS POTENTIAL.
MANY FACTORS WILL BE IMPORTANT IN DETERMINING YOUR ACTUAL RESULTS AND
NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE RESULTS SIMILAR TO OURS OR
ANYBODY ELSE'S, IN FACT NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE
ANY RESULTS FROM OUR IDEAS AND TECHNIQUES IN OUR MATERIAL.
Pembelian
| Penafian
| Terma
Syarat
stylebizz@gmail.com
|